Wednesday, June 17, 2009

Perutusan Yb Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Sempana Pesta Gambus Ke 10 Zon Beaufort




Bismillah nirrahman nirahim
Assalamulaikum Warahamtullhi Wabarakatuh,

Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan ahli jawatankuasa penganjur kerana berjaya melaksanakan Pesta Gambus Peringkat Zon Beaufort buat kali ke 10 tahun ini.

Kejayaan penganjuran ini mencerminkan satu kesungguhan serta semangat berkerja berpasukan yang ditunjukkan oleh seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang bertepatan dengan tema pesta tahun ini” Gambus Instrument Perpaduan”

Muzik merupakan salah satu alternatif ke arah usaha untuk mempertahankan kesenian dan kebudayaan suku kaum dimana muzik dapat memainkan peranan bagi memastikan keseninaan dan kebudayaan suku kaum bukan sahaja dipelihara tetapi dapat dikekalkan. Muzik tradisional juga seperti gambus boleh dijadikan sebagai insturmen perpaduan dan pesefahaman kaum sebagai mana Gagasan 1 Malaysia yang turut memberikan perhatian terhadap usaha usaha untuk memperkukuhkan perpaduan kaum di Negara ini
Sehubungan dengan ini, usaha untuk mempertahankan kesenian dan kebudayaan suku kaum perlu dilakukan kerana ada usaha pihak barat cuba mencemarkannya yang sudah tentu akan menjajah pemikiran genersi masa kini dan generasi masa depan
Penjajahan bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi dari sudut kebudayaan dan juga kesenian penjajahan itu dilakukan bagi membolehkan mereka menguasai kita
Sehubungan dengan itu penganjuran seumpama itu wajar diberikan sokongan dan perlu diteruskan dimana ianya akan membuka ruang kea rah mengeratkan hubungan silaturrahim disamping mempertahankan khazanah warisan budaya kita agar kekal sepanjang zaman.
Sekian, terima kasih,
Wassalam

( DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN )JP
TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
AHLI PARLIMEN P.177 BEAUFORT

No comments:

Post a Comment