Thursday, May 20, 2010
GST tidak tambah beban rakyat berpendapatan rendah: Lajim
PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Pengarah Kastam Sabah Md.Yusop selepas merasmikan program tersebut
BEAUFORT: Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar empat peratus tidak akan menambah beban cukai yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, golongan berkenaan yang kini tidak dikenakan cukai pendapatan hanya akan membayar secara purata RM70.08 sebulan sahaja apabila GST dilaksanakan.
''Ini tidak membebankan jika dibanding ketika ini dimana rakyat berpendapatan rendah membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) secara purata sebanyak RM79.57 sebulan," katanya ketika berucap merasmikan Program Taklimat Kesedaran Goods Services Tax (GST) anjuran Jabatan Kastam Sabah dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beaufort di Dewan Masyarakat Beaufort dekat sini
Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi Panel Kajian Semakan Cukai Kementerian Kewangan, Dato Kamariah Hassan. Penasihat Jabatan Kastam Unit Tugas GLC Dato Zaleha Hamzah, Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing dan Pengarah Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Sabah Dato Haji Md.Yusop Haji Mansor
Menurut Lajim yang jug Ahli Parlimen Beaufort kerajaan hanya membentangkan Rang Undang-Undang GST untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat manakala tarikh bacaan kali kedua dan ketiga belum ditetapkan lagi.
“ Penangguhan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan atas desakan pembangkang tetapi kerajaan perlu memberikan penerangan seluas-luasnya kepada rakyat agar memahami dasar ini ” Katanya
Menurut beliau, kerajaan perlu membuat penjelasan supaya rakyat memahami tujuan sebenar GST yang tidak akan membebankan mereka sama sekali dan ini sekali gus menangis dakwaan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab perlaksanaan GST ini akan membebankan rakyat.
“Oleh itu rakyat perlu berfikiran rasional dan tidak mudah terikut-ikut atau terpengaruh dengan dakyah pembangkang” jelas beliau.
Dalam perkembangan lain Lajim berkata, kerajaan pada masa sekarang sedang menjalankan kajian untuk merasionalisasikan pemberian subsidi dan berkaitan keperluan menghapuskan duti import barangan
“ Kerajaan pada hari ini masih mengekalkan pemberian subsidi kepada beberapa barangan bagi membantu meringankan beban kewangan terutamanya golongan yang berpendapatan rendah, justeru apabila kerajaan mengenakan cukai khususnya perlaksanaan GST Ini kelak rakyat harus melihat dari sudut positif dimana setiap hasil cukai yang dikenakan oleh kerajaan juga akan dimanafaatkan untuk kepentingan pembangunan dan kesejahteraan rakyat” katanya. Oleh Jbw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment