Wednesday, May 5, 2010

KITAR SEMULA SEPANJANG TAHUN




TAHNIAH…Lajim ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang Doktor Muda pemenang pertandingan sempena konvensyen tersebut

BEAUFORT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengambil keputusan untuk mengadakan kempen Kitar Semula secara berterusan sepanjang tahun bermula tahun ini ekoran kurangnya keberkesanan pada kempen yang diadakan secara bermusim sebelum ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, keputusan ini diambil bagi mempastikan kempen ini benar-benar keberkesanan dan dapat mencapai matlamatnya bagi memelihara kebersihan alam sekitar dan kebergantungan kepada bahan-bahan seperti beg plastik yang turut menjejaskan kebersihan alam sekitar.

Menurut Beliau setakat ini kerajaan belum mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan beg plastik namun mengharapkan melalui kempen Kita Semula ini penggunaannya dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

“Kempen Kitar Semula secara bermusim yang kita lakukan sebelum ini ,belum mencapai tahap kejayaan sebagaimana yang kita harapkan kerana,kurangnya penyertaan dari masyarakat dan kempen ini kita laksanakan pada masa masa tertentu sahaja menyebabkan ia kurang berkesan ,sehubungan dengan itu mulai tahun ini kementerian saya ,akan lmengadakan kempen Kitar Semula secara beterusan ” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan penutupan Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kempen sepanjang tahun ini akan dimulakan di peringkat nasional dan ianya akan turut diadakan di peringkat negeri, daerah,mukim dan juga kampong bagi mempestikan penyertaan masyarakat secara menyeluruh dimana ianya diharapkan akan memberikan kesan yang mendalam dan menyeluruh bagi mendidik orang ramai agar terus memelihara kebersihan alam sekitar.

Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebersihan di Peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menambah kempen ini bukan sahaja dilaksanakan diperingkat nasional,negeri,daerah dan kampong malah ianya akan dilaksanakan di semua sekolah dan juga pusat pengajian tinggi.

“ Setakat ini kita menerima maklum balas yang positif dari beberapa buah syarikat swasta badan badan NGO termasuk pusat pengajian tinggi yang bersedia memberikan sokongan serta kerjasama untuk menjayakan kempen ini” katanya

Menurut beliau kempen Kitar semula khususnya penggunaan bakul yang boleh dikitar semula akan dimulakan di peringkat kementerian beliau bagi menggalakkan kakitangan kementerian untuk sama sama menjayakan kempen ini dan ianya akan diteruskan secara beperingkat peringkat di lain lain jabatan .


“ Pada 8 Jun ini juga Kementerian saya juga, akan mengedarkan buku-buku risalah dan bakul bakul mesra alam kepada semua ahli Parlimen disamping memberikan penjelasan tentang kempen Kitar Semula yang akan kita laksanakan sepanjang tahun bemula tahun ini” tambah Lajim

Dalam perkembangan yang sama beliau juga tutur memaklumkan pihak kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan akan sedia membantu dari segi kepakaran, khidmat nasihat dan sedikit peruntukan bagi mana-mana badan badan NGO yang ingin melaksanakan kempen Kitar Semual.

“ Diperingkat kementerian mulai tahun ini, kita telah memperuntukan sejumlah RM30,000 ribu setahun kepada setiap ahli Parlimen yang digunakan pakai untuk menjayakan kempen kempen kebersihan termasuk kempen Kitar Semula “ katanya

No comments:

Post a Comment