Saturday, May 8, 2010

PESTA KAAMATAN PEMANGKIN KEPADA KONSEP 1 MALAYSIA






RESMI....Lajim diiringi oleh Kimjus,Isnin dan Saridah memukul gong sebagai simbol perasmian majlis tersebut

BEAUFORT : Sambutan Pesta Kaamatan yang dirayakan pada bulan Mei setiap tahun di negeri ini turut menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan nasional yang menjadi teras utama konsep 1Malaysia.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang terdiri dari berbilang kaum dan latar belakang semenangnya cintakan kehidupan yang aman, harmoni, maju dan makmur.

“ Rakyat di negeri ini perlu memperkukuhkan iltiziam dengan menjadikan Pesta Kaamatan ini sebagai simbol perpaduan sessuai dengan tema sambutan tahun ini” Kepelbagaian Kebudayaan Teras Keharmonian “ yang menjadi matlamat utama Konsep 1 Malaysia yang mengutamakan soal perpaduan” katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat serentak dengan sambutan Pesta Kaamatan di dewan muhibah kampung Halogilat dekat sini pagi kearin

Hadir sama Naib Ketua Umno bahagian yang juga Pengerusi KDCA Beaufort Datuk Kimjus Duim,Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih dan Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Puteri Umno Beaufort Saridah Datuk Mohd. Dun

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik di negeri ini tidak menjadi batu penghalang atau jurang pemisah antara kaum dan etnik ia turut menjadi pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang dinikmati selama ini.

“ Mesej itu menekankan betapa pentingnya masyarakat majmuk bekerjasama, bersatu hati dalam satu keluarga dan hidup dalam keadaan yang harmoni dan menerima kepelbagaian (perbezaan) kebudayaan dan latar belakang sebagai satu kekuatan,"katanya.

Beliau menambah rakyat Sabah seharusnya berbangga kerana negeri ini dianggap sebagai contoh terbaik bagi menjayakan konsep 1Malaysia.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru agar rakyat Malaysia di negeri ini terus mengukuhkan lagi komitmen dan iltizam untuk menghargai pengiktirafan yang diberikan Perdana Menteri menerusi konsep 1Malaysia dan sekaligus dapat melonjakkan imej bangsa dan negara ini di persada dunia.

“ Yakinlah apabila kita Berjaya mempertahankan tahap perpaduan ini, kerancakan pembangunan akan terus kekal dikecapi oleh rakyat di negeri ini" tambah beliau

Mengulas projek pembangunan di kampung tersebut Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort, dengan adanya kestabilan politik dan sokongan rakyat khususnya di kawasan itu kepada kerajaan Barisan Nasional pelbagai projek pembangunan turut dikecapi oleh rakyat di kawasan tersebut.

" Kerajaan akan mempastikan tidak ada kampung di kawasan ini akan tercicir dari arus pembangunan perdana negara, yang penting rakyat perlu terus memberikan sokongan serta kerjasama kepada kerajaan agar segala perancangan pembangunan dapat diteruskan dari masa ke semasa" katanya.

No comments:

Post a Comment