Wednesday, May 5, 2010

Pemimpin dan Ahli Umno Perlu Bermuhasabah Diri


MESRA…Lajim bersalaman dengan ahli-ahli parti sejurus tiba untuk merasmikan persidangan berkelompok cawangan cawangan Umno bahagian Bakri Johor


MUAR: Seluruh saf kepemimpinan dan ahli di semua peringkat diajak agar bermuhasabah diri dan bangkit kembali bersama memartabatkan Umno.

Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,sifat bermuhasabah diri perlu dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno agar menilai serta mengkaji kesilapan yang pernah berlaku dalam UMNO pada piliharaya umum lepas yang sepatutnya menjadi peringatan kepada semua pihak supaya tidak mengulangi sejarah yang sama.
Katanya , senario yang berlaku dalam politik tanah air apabila sebelum ini empat dan kini tinggal tiga buah negeri di Semenanjung iaitu Pulau Pinang ,Selangor dan Kelantan jatuh ke tangan parti pembangkang menunjukkan masih banyak perlu dilakukan bagi pemimpin dan ahli parti bagi menebus maruah kegagalan tersebut
“ Kita perlu menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti, berpegang kepada falsafah iaitu bersederhana, membentuk satu saf berasaskan pertautan pemikiran dan tindakan serta kerap melakukan muhasabah diri, sekali gus merapatkan diri kepada akar umbi” katanya ketika berucap
merasmikan Mesyuarat Bekelompok UMNO Cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Bakri, di Dewan Kampung Kenangan Tun Dr Ismail (2) kemarin.
Sambil mengingatkan rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka dan sukar didekati,, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, setiap ahli Umno perlu mengikhlaskan diri untuk menumpah bakti dan jasa kepada rakyat tanpa disuruh-suruh demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia.
Katanya,untuk menjadi parti yang berjaya, ahli Umno tidak boleh terpisah daripada arus pemikiran dan aspirasi rakyat kerana rakyat pada hari ini mahukan parti dan kerajaan yang memahami kehendak mereka serta mendampingi rakyat secara langsung.

"Realitinya, rakyat mahukan supaya pandangan mereka diambil kira dalam menentukan hala tuju negara. Untuk itu, kita mesti meneruskan proses islah dan menzahirkan perubahan yang sesuai dengan masa” katanya

Beliau berkata Umno mesti dikenali sebagai parti yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya pula menzahirkan perubahan tersebut.
Sehubungan dengan itu Lajim berkata,Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mustahak bagi sesebuah parti politik khsusnya Umno untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan yang kuat serta stabil tetapi ia perlu dilakukan dengan memilih calon yang tepat, iaitu seseorang yang diterima masyarakat tempatan, mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting iaitu rakyat, parti dan negara.

“ Semua pihak pemimpin dan ahli parti perlu merapatkan barisan memulakan gerak kerja dari sekarang bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi terutamanya golongan muda kerana golongan ini dikatakan golongan yang begitu condong kepada parti pembangkang melalui pelbagai pendekatan dan program yang dilaksanakan” katanya.

No comments:

Post a Comment