Friday, May 21, 2010

Pelajar luar bandar Jangan rendah diri - Lajim






TERUS BERUSAHA…Lajim ketika menyampaikan hadiah kepada Pelajar Cemerlang SMK Menumbok pada majlis tersebut


MENUMBOK : Status dan lokasi sebagai pelajar luar bandar tidak seharusnya dijadikan alasan untuk berasa rendah diri dalam mengecapi kecemerlangan di bidang pendidikan.

Itu nasihat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin kepada pelajar luar bandar di negeri ini supaya bersikap proaktif dan tidak menjadikan status tersebut sebagai penghalang mengejar ilmu.

Menurutnya, ilmu pengetahuan merupakan elemen yang penting bagi memastikan seseorang individu itu tidak tercicir khususnya ketika menghadapi zaman yang serba mencabar ini.

''Kita perlu keluar dari kepompong ini dengan menanamkan sikap yakin boleh untuk mencapai segala halangan dan cabaran” katanya

''Tidak ada ketetapan dalam bidang pendidikan yang mengatakan anak kampung tidak boleh berjaya," katanya ketika berucap merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SMK Menumbok bagi tahun 2009 dekat sini pagi kemarin.

Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort turut menyentuh pencapaian pelajar sekolah tersebut yang mencatatkan lima puluh peratus dalam peperiksaan PMR,82% dalam peperiksaan SPM dan dalam peperiksaan STPM sebanyaj 89% pada tahun lepas merupakan satu pencapaian dan petunjuk positif yang pelajar di luar Bandar mampu mencipta kejayaan dan kecermalangan dalam bidang pendidikan.

“ Pencapaian ini sudah tentu bersandarkan kepada komitmen semua pihak guru,guru,pelajar dan ibubapa yang perlu dipertahankan dan di pertingkatkan dari masa ke semasa dengan tidak menjadikan alasan segala kekurangan dari segi kemudahan menjadi batu penghalang kepada penciptaan kejayaan” katanya

Malah menurut Lajim kerajaan akan terus memperkasakan sekolah di kawasan luar Bandar khususnya di negeri ini , ini termasuklah meningkatkan kemudahah asas sekolah seperti bekalan air,api, makmal computer termasuklah menyediakan jalur lebar di setiap sekolah agar pelajar di luar Bandar boleh memperolehi maklumat pendidikan yang cepat dan efisin.

Dalam perkembangan lain Ketua Umno Bahagian Beaufort ini juga turut mengambil perhatian terhadap beberapa keperluan prasarana yang diperlukan di sekolah tersebut antaranya keadaan asrama pelajar yang kurang selesa ,dewan sekolah dan penambahan bilik darjah

“ Saya ambil maklum dan tindakan sewajarnya terhadap keperluan ini untuk disampaikan kepada pihak Kementerian Pelajaran agar tindakan susulan bagi menyediakan keperluan asas ke sekolah ini dapat diambil tindakan segara demi keselesaan pelajar di sekolah ini” tambah Lajim

Turut hadir di majlis tersebut Pengetua SMK Menumbok Haji Mohd Ali Md. Yassin dan Yang Dipertua PIBG SMK Menumbok Haji Zaini Haji Apong

No comments:

Post a Comment