Wednesday, May 19, 2010

KPKT Tidak Menyediakan Peruntukan Untuk Naik Taraf Kampung Tradisi Di Sabah dan Sarawak




SIDANG MEDIA…Lajim sambil diperhatiakan oleh isteri beliau Datin seri Normilah,Timbalan Presiden PBBS Kamarlin Ombi dan Naib Presiden PBBS Saridah Datuk Mohd.Dun ketika menjawap pertanyaan wartawan semasa sidang media selepas merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT :Pewujudan sesebuah perkampungan baharu dan usaha naik taraf perkampungan tradisi di Sabah dan Sarawak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kementerian beliau tidak mempunyai peruntukan khusus bagi tujuan tersebut.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di Beaufort selepas merasmikan Majlis Angkat sumpah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bersatu Sabah (PBBS) dan Majlis Makan Malam di Dewan Masyarakat Beaufort dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) yang juga Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Naib –Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun,Haji Roslan Muharam dan Pengerusi Penganjur Majlis Haji Asmat Japar.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort menjelaskan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai usaha Kementerian berkenaan membantu pembangunan sesebuah perkampungan dalam kawasan bandaraya atau kawasan bandar.

Bagaimanapun menurut Lajim beliau akan berusaha membawa perkara itu ke Mesyuarat Kabinet bagi membolehkan sesuatu pendekatan diambil untuk membolehkan kerajaan pusat membantu kerajaan negeri membangunkan sesebuah kampung.

Katanya, mulai tahun lalu, kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan khas kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak bagi membiayai operasi pentadbiran dan projek pembangunan kecil di kawasan masing-masing.

Katanya, jumlah peruntukan yang diterima oleh PBT berbeza-beza berdasarkan jumlah kutipan hasil yang diperoleh oleh PBT terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga menyembut kementerian beliau akan terus membantu golongan yang kurang berpendapatan rendah khususnya di kawasan Bandar melalui Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Bandar dimana kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

“ Antaranya bantuan pendidikan untuk anak-anak golongan ini, bantuan sewa rumah dan sebagainya” katanya.

No comments:

Post a Comment