Tuesday, May 11, 2010

SKUAD MUDA PBBS DITUBUHKAN


AHLI JAWATABNKUASA SKUAD MUDA PBBS...Matbali ( tengah) bersama Setiausaha Agung (PBBS) Ag.Anak merakamkan gambar kenangan bersama Biro Skuad Muda PBBS selepas mempengerusikan mesyuarat biro tersebut


BEAUFORT : Menyedari hakikat belia merupakan tonggak utama kepada pembangunan negara ,Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) telah menubuhkan satu Biro yang dikenali sebagai Skuad Muda persatuan tersebut

Pengerusi Biro ini, Matbali Haji Musah berkata, inisiatif penubuhan Skuad Muda (PBBS) merupakan cetusan idea dan gagasan presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin agar tenaga muda ini khususnya kaum belia warga Bisaya dapat dimanafaatkan untuk menyumbang tenaga dan pemikiran terhadap kepentingan persatuan namun untuk kepentingan bangsa,agama dan Negara.

“ Realitinya golongan belia merupakan aset bernilai kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Golongan ini perlu dimampankan dari segi akademik, kemahiran, sahsiah, dan jati diri dimana elemen ini cukup penting agar mereka mampu menyumbang secara positif kepada kecemerlangan persatuan dan pembangunan Negara” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Biro berkenaan di Pejabat Perhubungan Parlimen Sipitang Beaufort dekat sini baru baru ini.

Sehubungan dengan itu Matbali yang juga Ahli majlis Tertinggi (PBBS) berkata, Skuad Muda yang ditubuhkan ini akan memainkan peranan bagi mendekati golongan muda khususnya dari masyarakat Bisaya agar mereka boleh memberikan sumbangan bukan sahaja kepada persatuan namun kepada masyarakat keseluruhannya.

“ Melalui Skud Muda ini kita akan memainkan peranan melalui pelbagai makanisme dan program agar golongan ini mempunyai sikap yang positif, berpengetahuan, berkeupayaan memimpin, mempunyai sikap keusahawanan dan mempunyai kemahiran terutamanya dalam bidang ICT supaya mereka boleh mengatasi segala halangan yang dihadapi dalam persaingan pembangunan ekonomi yang pesat serta arus globalisasi.” Jelas Matbali

Menurut Matbali lagi Selain didedahkan dengan pengetahuan bercorak akademik dan kemahiran golongan muda ini juga perlu dibentuk dengan sifat dan keperibadian mulia, berpengetahuan tentang nilai dan budaya sendiri agar warisan budaya masyarakat Bisaya tidak pupus di telan zaman” katanya

“ Melalui kerjasama dari pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan kita akan mengatur dan melaksanakan pelbagai program pendidikan, ekonomi,agama dan budaya yang boleh dimanafaatkan oleh golongan ini” katanya

Sementara itu pada mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Biro ini,, yang turut dihadiri bersama oleh Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Abd.Sani , Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Azman Datuk Lajim dipilih sebagai Timbalan pengerusi Biro, Jislim Latif sebagai Setiausaha Biro sementara Said Awang Damit dipilih untuk mengisi jawatan Bendahari Biro tersebut

Ahli jawatankuasa biro yang lain terdiri dari Jimlin Mubin, Matjun @ Yunus Hj. Mathon, Puan Lainah Wasli dan Cik Suzie.

1 comment:

  1. Salam, Saya amat berminat dengan artikel ini. Sekian lama saya tertanya mengapa golongan belia dikalangan persatuan bisaya tidak mendapat peluang memberi idea untuk bersama-sama memajukan persatuan.

    Saya berpendapat, Skuad Muda ini amat relevan di masa kini supaya golongan belia terutamanya yang berada diluar Beaufort supaya dapat turut menyumbangkan tenaga, idea dan pendapat untuk sama-sama memajukan persatuan bisaya.

    Seperti saya sendiri yang telah lama menjadi perantau, terdetik juga dihati saya untuk turut menyumbangkan tenaga, bakti dan idea untuk sama2 memajukan masyarakat Bisaya.

    ReplyDelete