Monday, May 24, 2010

PENYELANGGARAN RUMAH PPR SABAH DAN SARAWAK DIHARAP TIDAK TERPINGGIR







TUAN PADI…Lajim diiringi oleh Wong ,Kimjus dan Isnin turut memotong padi sebagai simbol perasmian majlis tersebut
BEAUFORT : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan keyakinan Sabah dan Sarawak tidak akan terpinggir dengan Keputusan kerajaan untuk membiayai sebahagian kos penyelenggaraan prasarana dan kemudahan rumah pangsa di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagaimana yang akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Katanya, langkah itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap keperluan dan beban yang ditanggung penduduk bandar yang kurang berkemampuan.
“ Kesediaan dan keputusan kerajaan ini selaras gagasan Satu Malaysia yang mendahulukan rakyat di samping mengutamakan pencapaian” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah di Dewan Masyarakat Beaufort
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini menyatakan kerajaan mengambil keputusan untuk membiayai kos penyelenggaran prasarana dan kemudahan rumah pangsa di bawah projek (PPR)
Sehubungan dengan itu Lajim berharap bantuan pembiayaan kos penyelenggaraan prasarana itu akan dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak. Ini bagi meringankan beban penduduk bandar yang berpendapatan rendah di kedua-dua negeri.
“ Sudah tentu kerajaan juga akan mempertimbangkan kos penyelanggaran dan kemudahan rumah di bawah projek PPR di negeri ini bagi membaiki segala kerosakkan demi keselesan pengguna (penyewa) di kawasan yang terlibat “ katanya
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut beliau mengajak rakyat di negeri ini agar menjadikan sambutan Pesta Kaamatan sebagai wadah untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan rakyatnya hidup bersatu padu dan harmoni walaupun terdiri dari pelabagai kaum,bangsa dan agama

Katanya, penghayatan terhadap makna perpaduan dalam setiap perayaan di negeri ini perlu diperkukuhkan walaupun berlainan ideologi, dimana rakyat seharusnya terus menjaga kestabilan dan keharmonian demi kebaikan bersama .

Menurut beliau rakyat di negara ini perlu berbangga kerana dari segi rekod telah membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia berjaya membina dan mewujdukan perpaduan keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kesan dari wujudnya perpaduan negara dapat mengecapi dan mengekalkan kesatabilan politik
“Di kebanyakan negara yang komposisi penduduknya bersifat majmuk, termasuk di negara maju, ketegangan dan konflik kaum dan agama sering berlaku dan menghantui kehidupan masyarakat mereka namun ini tidak berlaku di negara ini kita “ katanya
Beliau menambah, apa yang dicapai itu adalah hasil dari pendekatan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersifat demokratik, pragmatik, progresif dan adil terhadap semua kaum
Hadir sama di Majlis tersebut Pegawai Daerah Beaufort Wong Fuu Tin,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo.Pengerusi Penyelaras KDCA Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Alasnih.

No comments:

Post a Comment