Sunday, May 9, 2010

Taraf hidup rakyat luar bandar terus dipertingkat




MESRA..Lajim bersalaman dengan para sahabat AIM Blok Kota Klias sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT : Kerajaan memberi jaminan taraf hidup rakyat luar bandar akan terus dipertingkatkan menerusi pelan strategik model ekonomi baru (MEB) dan program transformasi kerajaan (GTP) yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada mereka,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan akan memberi penekanan kepada pendekatan sektor ekonomi yang boleh memberi nilai tinggi serta menjana pendapatan tinggi menerusi penggunaan teknologi moden serta menggalakkan pertumbuhan bidang perniagaan berasaskan perniagaan.

“Untuk memajukan kawasan luar bandar kita perlu ada sektor moden dan dinamik yang dapat memberi nilai tambah dan nilai pendapatan yang tinggi. Ini supaya masyarakat luar bandar boleh mendapatkan pekerjaan dan memperoleh pendapatan tinggi.” Katanya ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Kota Klias di dewan muhibah kampong Rancangan Klias malam kemarin

Turut hadir Timbalan Pengarah Pinjaman Opersi (AIM) Hajah Jamilah Basri. Pengurus Wilayah AIM Sabah Norhayati Hussin, Pengurus Cawangan AIM Beaufort Hasshafari Yusri Shaikh Hussin dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort MEB adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang sentiasa komited untuk meneruskan agenda transformasi luar bandar bagi menjayakan matlamat untuk membantu meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka pada masa akan datang, selain mendidik masyarakat supaya mampu hidup berdikari

Lajim juga berkata, menerusi MEB, pendapatan penduduk luar bandar terutama golongan petani dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai program perniagaan berasaskan pertanian, antaranya ialah projek agropolitan dan perusahaan burung walit dan ladang pertanian komersial berskala besar.

“ Apa juga keperluan pembangunan pinjaman dan bantuan yang dibawa oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti AIM, Tekun dan sebagainya bertujuan untuk membantu rakyat meningkatkan taraf siso ekonomi mereka dengan harapan rakyat boleh berdikari disamping mampu menjana ekonomi mereka melalui pelbagai bidang perniagaan yang diusahakan” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta agar mereka yang memperolehi pinjaman dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang telibat agar memanafaatkan segala kemudahan pinjaman ini sebaik mungkin dengan menceburi bidang bidang perniagaan yang berpotensi untuk diusahakan bagi meningkatkan lagi tarap pendapatan mereka seharian.

“ Kita berpeluang untuk maju jika kita menggunakan segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan kesungguhan ,berinovasi disamping kreatif melakukan apa juga bidang perniagaan yang kita ceburi” katanya.

No comments:

Post a Comment