Wednesday, May 19, 2010
KEKALKAN SABAH SEBAGAI IKON KEHARMONIAN KAUM
RESMI…Lajim yang diiringi oleh John,Wences,Sebastian dan Edmond memukul gong sebagai simbol perasmian pesta tersebut
KUALA PENYU: Rakyat di negeri ini yang terdiri dari berbilang etnik dan agama merupakan contoh terbaik terhadap keharmonian di dalam kepelbagaian budaya kerana hubungan kemasyarakatannya jelas menunjukkan pencapaian tahap persefahaman dan penerimaan yang tinggi terhadap tradisi dan kebudayaan masing-masing.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata tahap penerimaan yang tinggi dan mendalam terhadap penonjolan warisan tradisi pelbagai etnik di sini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan ke arah pembinaan Bangsa Malaysia melalui konseo 1 Malaysia
“Marilah bersama-sama meneruskan keindahan gabungan unsur-unsur budaya ini sebagai satu kekuatan yang berkekalan untuk diwarisi oleh generasi akan datang disamping memperkukuhkan hubungan harmoni dan semangat kerjasama yang sedia terjalin selama ini,” Kata Lajim .
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Peringkat Negeri 2007 berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Zon Si Tompok Kuala Penyu di Balai Raya Kampunng Sungai Labuan dekat sini
Turut hadir Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengerusi Penyelaras KDCA Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Anggang,Pengerusi Penyelaras KDCA Beaufort Datuk Kimjus Duim dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo
Menurut Lajim lagi, kesedaran dan penerimaan yang amat mendalam terhadap tradisi budaya di kalangan penduduk berbilang kaum merupakan landasan yang kuat terhadap kerjasama untuk mencapai kebaikan bersama di dalam pelbagai aspek termasuklah peningkatan taraf hidup.
“ Sempana sambutan pesta Kaamatan ini selain kita, memanjatkan rasa syukur terhadap hasil usaha kita dalam bidang pertanian kita juga perlu menarapkan nilai nilai murni yang menjadi amalan masyarakat kita yang terdahulu terutamanya dalam nilai kerjasama yang mereka lakukan ketika melaksanakan kerja kerja membajak sawah atau menuai padi secara bergotong royong” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga meminta penduduk di daerah itu turut melibatkan diri dalam sector pertanian dimana masih banyak tanah tanah kosong yang terbiar belum diusahakan.
Katanya jika ada kesungguhan untuk mengusahakan tanah tanah terbiar ini dengan pelbagai tanaman yang sesuai sudah tentu ianya boleh menyumbang kepada taraf pendapatan seharian masyarakat di luar Bandar khususnya di daerah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment