Monday, May 24, 2010

MANAFAAKAN PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT




MESRA…Lajim diiringi oleh John dan Sanawi bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir ke majlis tersebut


KUALA PENYU: Rakyat perlu bijak memanafaatkan sepenuhya matlamat penganjuran Pemimpin Bersama Rakyat dengan melihatnya sebagai wadah bagi mereka memperolehi maklumat yang jelas dan tepat berhubung dengan dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata program Pemimpin bersama rakyat yang disertai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang dibawa turun padang, bukan sahaja mengenal pesti masalah rakyat namun akan mengambil tindakan susualan dari aduan yang dikemukakan oleh rakyat

“ Malangnya di sebahagian tempat rakyat memperkecilkan skop perbincangan mereka dengan hanya mengemukakan soalan tentang permohonan projek pembangunan di kawasan masing-masing namun jarang bertanya apakah bantuan yang boleh disalurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan terbabit untuk mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka” katanya ketika berucap merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Menunggang dekat sini.

Hadir sama Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penyu John Teo Mau Sing Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Lornad Puyung Pengerusi Penganjur yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Kuala Penyu Sanawi Haji Sapar dan Ketua Daerah Kuala Penyu OKK Raymond Ensi.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sepatutnya selain mengemukakan masalah dari aspek keperluan pembangunan rakyat setempat, mereka juga boleh mengemukakan soalan berhubung dengan peluang-peluang dari bantuan dan khidamat yang disediakan oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu mereka untuk mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian

Dengan mengambil contoh dalam bidang pertanian, penternekan dan perikanan Lajim berkata, terdapat beberapa jabatan atau agensi kerajaan yang boleh membantu dari segi bantuan pinjaman dan khidmat nasihat bagi membantu rakyat menceburi bidang bidang berkenaan.

Namun menurut beliau dari apa yang diperhatikan rakyat lebih emosi mengemukakan pertanyaan tentang permohonan projek pembangunan yang sebahagiannya lebih bersifat peribadi kepada pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir di majlis berkaitan.

Menyentuh dengan projek pembangunan Lajim berkata, kerajaan Barisan Nasional akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan khusus untuk mempertingkatkan kemudahan asas untuk kepentingan rakyat.

“ Bagaimanapun dari segi kelulusanya ianya amat bergantung kepada peruntukan dan keutamaan projek yang dipohon berdasarkan kepentingan semua pihak dan bukannya bersifat untuk kepentingan individu” katanya.

Menurut beliau perlaksanaan segala projek pembangunan dibuat secara berperingkat-peringkat dimana keutamaan akan diberikan kepada projek projek pembangunan yang dianggap benar benar mendesak dan amat diperlukan oleh rakyat di sesebuah kampung.

No comments:

Post a Comment