Monday, May 10, 2010
JUARA RAKYAT: Dimensi baru bela rakyat
SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Isnin diiringi oleh Saridah,Ketua Penerangan Haji Samin dan Ketua Pemuda Mohd.Ishak ketika mengunjungi seorang ibu tunggal bagi menyerahkan sumbangan sempana program tersebut.
KUALA PENYU :Program Juara Rakyat merupakan manifestasi kerajaan dalam menterjemahkan gagasan 1Malaysia untuk memberi perkhidmatan yang efisien dan terbaik kepada rakyat.
Dengan seruan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,' program Juara Rakyat amat kena pada masanya dalam usaha mendampingi rakyat di peringkat akar umbi terutama di luar bandar dan pedalaman.
Program Juara Rakyat , adalah isyarat kerajaan supaya terus mendampingi rakyat, baik pada ketika senang mahupun susah.
Matlamat utama program itu ialah supaya rakyat dapat merasakan betapa dekatnya pemimpin dan kerajaan dengan mereka terutama dalam menangani masalah yang dihadapi.
Sehubungan dengan itu pendekatan yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort yang dipertanggungjawabkan menganjurkan Program Juara Rakyat di Kampung Palu-Palu Kuala Penyu baru-baru ini bersama badan badan NGO melalaui pendekatan tinggal bersama keluarga angkat di kampung tersebut telah memenuhi aspirasi program ini dilaksanakan
Pengerusi Pelaksananya yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort Saridah Datuk Mohd Dun ketika ditemui berkata pendekatan ini lebih pritikal dimana hubungan secara langsung antara pemimpin pergerakan itu bersama penduduk kampung dapat terus dijalin dan ini mampu menimbulkan jalinan kemesraan yang lebih intim.
“ Melalui pendekatan keluarga angkat ini ianya menimbulkan perasaan dihargai dan menghargai disamping kita dapat memahami budaya adat resam dan menyelami masalah mereka (rakyat) secara lebih dekat” katanya
Antara pengisian program tersebut ialah Kaunter Aduan Rakyat (KAR) program gotong royong,kaunter pendaftaran ahli dan daftar pemilih .Selain dari program ini penduduk setempat juga berpeluang menyertai pertandingan sukaneka dan menyediakan makanan secara gotong royong yang mendapat sambutan hebat daripada penduduk tempatan.
Bagi kanak-kanak tadika pula, mereka diberi peluang menyertai pertandingan mewarna Logo 1 Malaysia di Dewan muhibah kampung Palu-palu dimana program ini dapat menyuntik semangat patriotik di kalangan kanak-kanak disamping memberikan pendedahan kepada mereka pengertian sebenarnya konsep 1 Malaysia
Berucap merasmikan Program ini Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Ali Asnih yang mewakili Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata program Juara Rakyat lebih komprehenssif apabila rakyat diberi peluang lebih luas untuk mengemukakan masalah dan pendapat kepada pemimpin serta jabatan dan agensi kerajaan.
Menurut beliau walaupun pemimpin kerajaan di semua peringkat sentiasa mendengar suara rakyat tetapi pada hakikatnya masih ada lagi permasalahan mereka yang tidak dapat diatasi segera atas faktor masa, teknikal dan sebagainya.
''Strategi membawa semua jabatan dan agensi kerajaan turun padang dalam program Juara Rakyat ini memberi lebih ruang dan peluang kepada rakyat untuk mengemukakan permasalahan masing-masing,'' jelasnya.
Isnin menambah melalu program Juara Rakyat juga, konsep 1 Malaysia dapat diperjelaskan kepada rakyat agar difahami supaya mereka tidak tertipu dengan mainan politik pembangkang sekali gus menyokong agensi pembangunan kerajaan supaya kemajuan dapat dinikmati secara berterusan.
“Aspek ‘juara’ yang diharapkan rakyat kini memasuki dimensi baru iaitu penekanan terhadap aspek ketelusan dan integriti. Paling penting, sejauh mana kerajaan dapat menyelami permasalahan sebenar yang dihadapi dalam kehidupan seharian masyarakat bawahan.” Tambah Isnin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment