Wednesday, May 19, 2010
Warga pendidik diminta terus amalkan budaya kerja cemerlang
KEK HARI GURU…Lajim diiringi oleh Asliari,Yunus dan Isnin bersama guru guru diberikan penghormatan memotong kek sempana sambuta Hari Guru tahun ini di majlis tersebut.
BEAUFORT: Warga pendidik perlu menggembaleng tenaga dan usaha untuk terus mengamalkan budaya kerja cemerlang, bertanggungjawab dan menerapkan semangat mujahadah bagi melakukan yang terbaik demi anak bangsa.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, para pendidik hendaklah sentiasa menanamkan iltizam dengan mengamalkan budaya kerja yang biasa ke suatu tahap yang berprestasi tinggi seiring dengan cabaran semasa
Ini katanya perlu dilaksanakan bagi menggalas tugas besar demi menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan tekad bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara
"Ini adalah satu amanah besar yang terletak di bahu kita semua. Di samping itu, seluruh warga pendidik perlu saling membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mulia ini dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. agar kecermalangan pendidikan dapat dicapai ," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Guru sempana sambutan Hari Guru bersama warga pendidik SMK Beaufort I dekat sini
Hadir sama,Pengetua SMK Beaufort 1 Asliari Haji Tamit,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Yang Dipertua (PIBG) SMK Beaufort 1 Yunus Abdul Rajah.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti.memiliki kesungguhan untuk membangunkan anak bangsa sebagai modal insan cemerlang yang akan dimanafaatkan menjana proses pembangunan Negara
"Usaha yang gigih dan kerjasama erat daripada ibubapa dan semua pihak khususnya di kalangan warga pendidik amat diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai iaitu melahirkan murid yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyrakat penyayang, demokratik, liberal, bertolak-ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu," katanya.
Di majlis tersebut selain memberikan sumbangan kewangan kepada PIBG Sekolah tersebut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut mengumukan kelulusan sebanyak RM70,000.00 untuk membina lorong kaki menunju ke kawasan sekolah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment