Friday, May 14, 2010
Penjawat awam perlu responsif
PENGHARGAAN…Lajim sambil diperhatikan oleh John menerima cendera kenangan dari Wolis selepas merasmikan program
KUALA PENYU : Penjawat awam perlu lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan di samping sentiasa prihatin terhadap denyut nadi rakyat kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin
katanya, untuk itu para penjawat awam tidak boleh berada di takuk lama dalam usaha membawa negara ke arah kecemerlangan dimana penjawat awam merupakan agen penggerak untuk merealisasikan dan menterjemahkan segala dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan dari semasa ke semasa
“ Peranan sektor awam amat penting untuk memastikan setiap dasar itu mampu dilaksanakan dengan berkesan, efisien, berintegriti dan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan oleh kerajaan” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program “ Hati Ke Hati” ajuran bersama bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Malaysia dan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Penyu , di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah dekat sini petang kemarin.
Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Sabah Wolis Juinik dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo ,ketua ketua jabatan kerajaan serta pemimpin masyarakat tempatan
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Penjawat awam seharusnya bersikap positif dan sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Menurut beliau slogan 1Malaysia tidak akan menjadi kenyataan jika tidak mendapat sokongan para penjawat awam
Sehubungan dengan itu Lajim menegaskan pejawat awam perlu ada strategi bagi mencapai langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan tempatan untuk menolong rakyat dengan mewujudkan jentera yang mempunyai perjalanan yang harmonis.
Menurutnya, anggota perkhidmatan awam perlu mempunyai kerjasama rapat bersama wakil-wakil rakyat atau ahli politik dengan memberi input mengenai keperluan dan masalah rakyat serta aspirasi mereka terhadap kerajaan.
“ Budaya yang menganggap rakyat sebagai pelanggan haruslah dikikis segera. Laksanakan tugas dengan menganggap memberi khidmat seolah-olah kepada satu keluarga yang besar dengan memberikan perkhidmatan secara bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa” katanya.
Lajim menambah di sinilah, letaknya tugas sebenar penjawat awam di dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dimana Program Transformasi Kerajaan hanya akan berjaya sekiranya penjawat awam bersama-sama mendokong dan sanggup melakukan perubahan daripada yang sedia ada ke arah yang lebih dinamik dan berdaya maju
“Perlu juga di tegaskan agar penjawat awam menekankan budaya kerja berpasukan dan saf yang kukuh merentasi silo atau kokun masing-masing demi kepentingan rakyat” tambah Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment