Wednesday, May 19, 2010

RM 8 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PPROJEK NAIK TARAF JALAN KAMPUNG LABA KEKURO DAN LAYUNG




DIHARGAI…Lajim menerima cendera kenangan dari Pengerusi Penanjur Taha Haji Sayadi selepas merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT: Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan projek menaiktaraf jalanraya antara Kampung Laba ,Kekuro dan Kampung Layung yang bakal dilaksanakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Menyatakan perkara ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata peruntukan ini merupakan sebahagian dari usaha kerajaan bagi mempertingkatkan kemudahan asas terutamanya perhubungan jalanraya di kawasan tersebut agar semua kampung mendapat kemudahan asas yang baik dan selesa.

Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat di kawasan terbabit agar bersabar sementara menunggu proses perlaksanaannya.

“ Tidak semestinya hari ini saya umumkan projek ini dilaksanakan secepatnya,ini kerana ianya melalui pelbagai proses dari merika bentuk, proses pengluaran tender dan sebagainya ,bagaimanapun kerajaan akan tetap mengotakan janjinya kepada rakyat” katanya ketika berucap di majlis Mesra Rakyat anjuran Kemas di Dewan Serba Guna Kampung Laba dekat sini baru baru ini.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih,Ketua Penerangan Umno Bahagian Beaufort Haji Samin Ongki dan,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan pengerusi penganjur Taha Haji Sayadi

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan Barisan Nasional akan terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur termasuk dalam bidang pendidikan,ekonomi sosial dan agama demi kesejahteraan rakyat di Negara ini.

“ Ini merupakan usaha murni kerajaan Barisan Nasional bagi membela nasip rakyat tanpa mengira kaum dan anutan agama dimana ianya selaras dengan konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” katanya

Menurut beliau usaha murni kerajaan ini amat bertentangan dengan tohmahan pihak pembangkang selama ini yang kononnya segala khidmat bakti dan usaha kerajaan dalam menyediakan pelbagai projek pembangunan infrastrukutur hanyalah sebagai gula-gula kerajaan BN sebelum menjelang pilihanraya umum nanti

“ Semua yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan tidak ada hubungkaitnya dengan pilihanraya ini kerana segala perancangan dan program pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dan konsinsten” tambah Lajim

Sehubungan dengan itu beliau meminta rakyat agar tidak terpujuk dengan hasutan pihak berkenaan yang hanya tahun mencari kesalahan kerajaan sedangkan mereka perlu diperbetulkan dimana ini terbukti jelas dengan beberapa kelamahan yang ketara di beberapa buah negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

No comments:

Post a Comment