Monday, May 24, 2010

TANAMAN NENAS BERPOTENSI DI MAJUKAN DI KAMPUNG TAKULI





MANIS…Kelihatan Lajim bersama Azizah dan Nafsin mencuba buah dan jus nenas yang dipemirkan oleh peserta berkelompok projek tanaman nenas kampung Takuli semasa melawat pemaran semasa majlis tersebut

BEAUFORT: Kampung Takuli, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Beaufort dekat sini bepotensi besar menjadi salah sebuah penyumbang pengeluar nenas di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin bekata, setakat ini seluas 40 hekter sedang diusahakan oleh 50 peserta terdiri dari kaum wanita yang melibatkan diri dalam tanaman nenas secara berkelompok.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Juara Rakyat (Wanita dan Keluarga )anjuran Umno Bahagian Beaufort dan Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort di Padang SK Takuli, dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort Datuk Hajah Azizah Datuk Mohd Dun,Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Alisasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin, Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim Ketua Pergerakan Puteri Saridah Datuk Mohd Dun dan Pengerusi Penganjur Nafsin Aliamat

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata tanah di kawasan tersebut dikenal pasti begitu berpontesi diusahakan tanaman nenas secara berkelompok.

Katanya, projek yang mendapat khidmat Lembaga Pasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi Kontrat Farming itu merupakan projek di bawah Jabatan Pembangunan Wanita melalui (Agronita)

“ Justeru saya menyeru rakyat setempat agar mengusahakan tanah terbiar bagi menampung permintaan pasaran yang semakin meningkat” katanya

Ketika berucap di majlis tersebut Ahli Parlimen Beaufort ini juga berharap agar kaum wanita di Negara ini dapat memainkan peranan aktif dalam menjana kemajuan dan pembangunan Negara.

Katanya, Kerajaan akan terus merangka dasar dan strategi lebih menyeluruh bagi membolehkan lebih ramai golongan wanita di negeri ini menyertai tenaga kerja sebagai pembuat keputusan.

Katanya, kerajaan komited dalam menyalurkan bantuan supaya golongan itu mampu berdaya saing serta maju terutamanya dalam bidang ekonomi.

Tambah beliau, golongan wanita memberi sumbangan bermakna kepada negara termasuk menyumbang kira-kira 18.7 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2003 dan angka tersebut semakin meningkat setiap tahun

‘‘Isu pembangunan golongan wanita tetap menjadi antara agenda penting kerajaan memandangkan sumbangan besar mereka kepada ekonomi negara khususnya di peringkat membuat keputusan” tambah Lajim

Mengenai program juara rakyat beliau bekata, ianya bukanlah gimik politik semata-mata tapi sebagai wadah pemimpin turun padang bertemu rakyat melihat sendiri masalah dan keperluan rakyat di samping mengeratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di sesuatu kawasan

No comments:

Post a Comment