Wednesday, May 5, 2010

PERLUASKAN PROGRAM DOKTOR MUDA KE SEMUA SEKOLAH







SOKONGAN…Lajim bersalaman dengan para pelajar peserta konvensyen yang turut menjayakan pemeran sempana program tersebut

BEAUFORT: Pelaksanaan Program Doktor Muda wajar diperluas ke semua sekolah rendah seluruh negeri sebagai satu program yang boleh memberikan rasangan serta menimbulkan minta golongan pelajar terhadap kerjajaya dalam bidang kedoktoran

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, program inisiatif bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan itu merupakan langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah kekurangan doktor di negeri ini yang agak membimbangkan.

“ Melalui program seperti ini ianya akan menjadi landasan bagi memberikan dorongan kepada golongan pelajar untuk menceburi kerjajaya sebagai seorang doktor sekali gus memberikan galakan untuk mereka menguasai mata pelajaran sains ,matematik dan bahasa inggeris antara subjek yang penting bagi seseorang memilih kerjajaya seperti ini” katanya ketika berucap merasmikan Penutupan Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri 2010 di Dewan Pak Musa, Beaufort.

Hadir sama Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ir,Datu Jamigul Datu Hj.Salin,Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort Dr. Yasin Kamarul Jamal Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Tin dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort,beberapa tahun lalu, kerajaan terpaksa mengambil khidmat doktor dari negara luar untuk menampung keperluan doktor yang mendesak khususnya di kawasan luar bandar. Bagaimanapun, langkah tersebut kurang praktikal kerana kebanyakan doktor dari negara luar tidak mahir berbahasa Melayu sehingga menimbulkan masalah komunikasi dengan pesakit.

Sehubungan itu, menurut beliau , Program Doktor Muda yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum di sekolah rendah sejak tahun 2006 tepat pada masanya bagi memupuk minat pelajar untuk menceburi bidang kedoktoran sejak dari muda.

Menurut Lajim lagi , program tersebut disamping meningkatkan minat pelajar untuk menceburi bidang kedoktoran, juga turut membantu mereka mengamalkan gaya hidup sihat melalui penerapan persepsi positif terhadap kesihatan diri dan kebersihan alam sekitar.

Untuk rekod setakat tahun lalu, sebanyak 1,107 buah sekolah rendah di seluruh negara termasuk 43 buah sekolah di negeri ini telah melaksanakan Program Doktor Muda. Seramai 1,273 seribu murid di negeri ini terlibat sebagai 'doktor muda' dengan 23,058 23- murid rakan sebaya.

No comments:

Post a Comment